BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Monday, December 20, 2010

gelapkanlah perasaan Buruk Sangka .

Aku rasa aku tak pernah nak berperasan emosi . Ya Allah , hindarilah aku dari berprasangka buruk terhadap orang lain . Biarkanlah hanya senyuman yang terukir di bibirku ini . dan bunga bunga riang yang sentiasa menghiasi dalam hati ini . Mungkin silapku juga kerana menyayangi seorang insan yang bukan muhrim belum tiba masanya . Tapi putaran hidup , ingin disayangi dan ingin menyayangi orang lain . Aku ikhlas menyayanginya . Aku harap sejarah tidak berulang . Sungguhpun aku tak dapat selindung bahawa dia betul betul berubah . Aku nampak perubahannya . Kalau lah betul aku tiada jodoh dengannya . huh . Aku hanya mampu berserah .


Memang aku cemburu terhadap orang lain . tapi aku terima seadanya . kerana dia bukanlah seperti orang lain . Memang aku tak dapat menipu bahawa aku cemburu bila dia mengambil berat tentang perempuan lain , bercerita pasal perempuan lain . even aku hanya menunjukkan reaksi bersahaja . Kau hadir memberikan kebahagiaan itu , tetapi lesap dalam sekelip mata .


Kadang kadang aku kesunyian . menunggu panggilan suaramu . Walaupun aku cuba mententeramkan jiwa ku ini . Mungkin kau letih . Hanya air mata yang dapat menemankan aku . Aku percaya dengan kata kata mu . Tapi perubahan terhadap dirimu  membuatkan aku betul betul goyah . Ingin aku bertanya . tapi tidak mampu untuk meluahkan . Perubahan mu membuat kan aku betul betul keliru . Kau seolah olah merahsiakan sesuatu . Aku cuba tunaikan janjiku untuk menjadi seorang yang setia .


Aku akui ku rapat dengan lelaki lain . mungkin untuk kesunyiaan yang aku hadapi . Tapi percayalah . aku hanya menyayangi insan sepertimu . Tiada yang lain . kerana aku masih ingat angan angan kita . Aku berharap agar kita kekal . Di hati mu , tidak akan berubah walau pon sekelumit . Mekarkan lah namaku dihatimu ..


( aku rasa post ni jiwang habis , aku ter'emosi habis malam ni . sukati aku lah ! )

0 comments:

SEKOLAH DULU