BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Monday, June 7, 2010

Seharusnya Umat Islam itu Ber'trek Global'
www.iLuvislam.com
imtiazsofea
editor : raidah




'Kita tidak minta mereka menilai ISLAM mahupun umat islam dari program yang kita jalankan sebagaimana kita tidak mahu mereka menilai Islam dari akhlak umat islam masa kini'’ (Imtiazsofea, 2 jun 2009)



Dulu..

Dalam satu mesyuarat ..

‘Buat apa program besar-besar,grand habis. Kita bermatlamatkan dakwah. Bla..bla..bla..’

Dimensi minda mendesak untuk berfikir lebih jauh akan ungkapan tersebut. Untuk mengelakkan style pemikiran yang jumud, aku cuba berfikir dengan lebih relevan dan adil.

Islam itu bertrek global

Program merupakan satu jalan untuk memperkenalkan islam, tapi harus diingat bahawa....

Bahawa ia bukanlah satu-satunya jalan untuk berdakwah. Pelbagai kaedah dakwah yang boleh dan lebih baik untuk diaplikasikan daripada kta berprogram kesana kesini.

Bukan ini yang menjadi hala tuju perbincangan saya kali ini.

Secara jujur, saya sukakan program.Lebih-lebih lagi program yang berjaya dibuat secara besar-besaran. Tetapi dengan syarat ia tidak lari jauh dari matlamat asal objektif program .

Tapi mengapa? Adakah saya suka kepada populariti yang selalunya menjauhkan kita dari trek dakwah itu sendiri?

Bukan begitu, umat islam kini sering dilihat mundur dan tidak membangun dari pelbagai segi. Walaupun pemegang kunci ilmu satu masa dahulu adalah ulama’-ulama’ terkemuka dari ISLAM.

Teknologi keduniaan yang dipelopori oleh para ilmuan Islam juga semakin sepi bahkan kita mengangungkan barat dalam ketamadunan mereka yang didasari teknologi maju zaman moden.

Lalu apa yang terjadi sekarang?

Asal sahaja disebut, islam….

Bila disebut tentang 'muslim product', maka pasti akan ada double standard dari sudut pandangan masyarakat bahkan dari umat islam itu sendiri. Seolah-olah barangan islam itu tidak glamour dan berkualiti rendah.

Bila disebut 'Islamic program', maka yang tergambar difikiran masyarakat adalah majlis zikir munajat dan solat hajat yang tak berpenghujung. Dan kesannya masyarakat semakin tersesat dengan maksud Islam itu sendiri. Konsep syumul didalam islam makin tidak dikenali.

Anda dapat lihat?

Betapa perlunya umat islam kepada trek global. Semuanya bermula dari mana? Tentunya dari pengenalan mereka terhadap Islam itu sendiri.

Mungkin ada yang mula mengenal Islam bermula dari program. Apa yang akan terjadi jika gambaran islam yang salah konsep diterapkan didalam program-program yang kita jalankan?

Oh beginikah Islam? Beginikah program-progam yang dikelolakan oleh orang Islam? Sungguh tak menarik!

Kita tidak minta mereka menilai ISLAM mahupun umat islam dari program yang kita jalankan sebagaimana kita tidak mahu mereka menilai Islam dari akhlak umat islam masa kini.

Tetapi jika ini berlaku siapa kita untuk menghalang? Apa kuasa kita untuk memecahkan tembok pemikiran ini? Tentunya kita perlu mengambil satu inisiatif lain pula untuk memberi mereka ruang untuk menilai islam dari kaca mata sebenar.

Apa yang saya lihat, gejala bermalas-malasan dalam berprogram semakin menular didalam programmer-programer islam itu sendiri. Bermalas-malasan dalam membuat yang terbaik dan mencuba sesuatu yang baru didalam program yang dianjurkan.

Anda bayangkan jika…

Wah,bagusnya pogram yang persatuan pelajar Islam ni buat!Sangat menarik dan menyeronokkan.’

Masyarakat Islam disini programnya penuh dengan input Islamic dan input semasa. Saya suka kerana dari situ saya dapat maklumat-maklumat baru!

Bukankah gejala buruk sangka terhadap islam itu akan semakin berkurangan?Walau ia sedikit, tetapi ia akan tetap menjadi penyumbang. Ya, penyumbang kepada pemikiran manusia terhadap islam!

Saya suka mengaitkannya dengan pemahaman antara syariatullah dan sunnatullah yang diketengahkan oleh 'saiful islam' didalam bukunya ‘Bercinta Sampai ke Syurga’. Yang mana didalam kita mejalankan syariatullah, jangan kita lupakan sunnatullah terhadap manusia itu sendiri iaitu yang diterjemahkan sebagai nature didalam diri manusia.

Jika anda berprogram dengan bermatlamatkan menyampaikan dakwah, tetapi jangan dilupa bahawa sifat manusia itu sendiri yang sukakan kepada sesuatu yang menarik dan tampak bagus serta bertrek global!

Oleh itu, kita sememangnya berniat untuk berdakwah dengan cara pilihan kita sendiri. Tapi perlu diingat bahawa jika islam itu digambarkan seperti negara Jepun yang memonopoli teknologi maklumat, maka apa yang berada difikiran anda?

Pastinya islam itu akan dipandang tinggi oleh seluruh masyarakat didunia bahkan oleh orang bukan islam itu sendiri.

Oleh itu, apa peranan kita?

Ya, pastikan program yang anda jalankan ber’trek global’! Berfungsi penuh dalam memperkenalkan islam dimata masyarakat. Insyaallah dengan meletakkan ALLAH ditingkatan yang pertama, maka yakinlah apa yang kita jalankan akan menjadi penyambung mata rantai para da’I terdahulu!

(p/s : ini hanyalah fikiran penulis, bahkan layak ditentang mahupun digunapakai, wallahu ‘alam..)

0 comments:

SEKOLAH DULU