BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Sunday, June 6, 2010

REMAJA

td balik je dari uruskan bayaran 2k kemasukan aq ke UNISEL,,,, aq terus bkak cmpter n tgok kat update mesej aq kat facebook......aq tertarik plak ngan pernyataan yg diberikan..... dari I LUV ISLAM.... ianya menceritakan mengenai perbezaan remaja pada masa dahulu dengan skrg....

bacalah n pkirkan....

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah bangsa, lihatlah generasi muda mereka.”

Jika kita menyelusuri zaman kegemilangan Islam beberapa kurun lalu, golongan muda ketika itu amat luar biasa. Memang superb. Mereka bukan sekadar hebat dalam menuntut ilmu, malah hebat dalam pelbagai cabang kehidupan. Masyarakat muda ketika itu mempunyai kemahiran memimpin, petah berbicara, bijak berorganisasi, pintar berstrategi dan hidup penuh dengan bakti.

Mereka tidak membuang masa dengan bermain Facebook berjam-jam, permainan video dan menonton drama yang melalaikan. Misi dan visi mereka jelas. Oleh kerana itulah mereka sentiasa mempunyai passion untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan memanfaatkan setiap saat yang Allah SWT kurniakan kepada mereka.

Tiada sandiwara, tiada ego dan tiada temberang. Mereka serius, penuh emosi dan tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu.

Jika kita melihat remaja beragama Islam di Malaysia hari ini, kita sedih. Bukan kerana miskin harta, tetapi miskin jiwa dan karakter. Dek kemiskinan itu, gejala sosial melata. Entah di mana-mana bayi dibuang. Rokok, dadah, video lucah, lepak, rempit dan zina sudah menjadi kebiasaan yang menakutkan. Sudah pasti jika keadaan remaja Islam terus begini, Islam tidak mampu diletakkan di tempat yang sepatutnya...

hanya utk berkongsi bersama.........

0 comments:

SEKOLAH DULU