BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Monday, June 7, 2010

DAKYAH KRISTIANISASI

editor : IskethaykaL

@}---~---{@




Definisi

Menyebarkan agama Kristian dan fahamannya kepada masyarakat antarabangsa.

Gelaran lain

Gerakan Tansir

Cara bergerak

1. Penubuhan organisasi-organisasi yang tersusun.

2. Menggunakan perantaraan.

3. Mengkristiankan secara terus.

Mukadimah Penubuhan Organisasi Gerakan kristianisasi Windows 10/40

Angka 10/40 yang tertera di belakang perkataan ´Windows´ itu terkandung konotasi yang harus dilihat secara ilmiah oleh semua umat Islam di Malaysia. Pada peta dunia – Malaysia terletak pada garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40 (sumber: info Berita Harian). Majalah ´The Minaret´ yang diterbitkan oleh California Islamic Centre, Malaysia tersenarai dalam salah sebuah lokasi gerakan Kristianisasi terancang. Matlamat utama gerakan di sekitar latitud dan magnitud 10/40 itu untuk memesongkan akidah umat Islam supaya bertunjangkan ajaran Kristian. Inilah yang termaktub dalam gerakan ´Windows 10/40. ´Windows International Network´ (WIN) yang ditubuhkan pada 1999, bercadang menggerakkan 40 juta penganut Kristian untuk menyebarkan ajaran itu ke 67 buah negara.

Sisters Beverly Pegues, pengarang ´WindoWatchman 1´ dan editor WindoWatchman II´ merupakan pengasas, Presiden dan CEO kepada gerakan ini. Pegangan utama Sisters Beverly Pegues dalam mentafsirkan gerakan ini berpandukan kepada Bible Genesis ayat 1:26; Rasul tertinggi yang dinyatakan kepada umat manusia bukanlah seperti yang dinyatakan umat Islam iaitu Nabi Muhmamad s.a.w sebaliknya adalah Jesus Christ (Isa Al-Masih) sebagai pembawa kebenaran. Misionaris Kristian merencanakan ´Windows 10/40´ secara terancang dan amat halus.

Strategi Windows 10/40

Strategi utama yang ditancapkan pada setiap gerakan adalah berusaha memesongkan umat Islam daripada agama Islam melalui penyebaran risalah berbahasa Melayu, melodi dan irama hiburan yang pelbagai serta membuat agama palsu sebagai perbandingan antara Islam dan Kristian. Fokus utama dalam gerakan ´Windows 10/40´ ini adalah menghancurkan kesatuan umat Islam supaya terus menjauhkan diri daripada ajaran Islam yang sebenar.

Penyelewengan Terhadap Islam

Pada tahun 1997, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah membuat pemantauan ke atas penerbitan dan pengedaran risalah-risalah Kristian berbahasa Melayu dengan menjadikan orang Melayu sebagai kumpulan sasaran. Lebih 250 risalah telah dikesan dan dirampas kerana mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah ke atas kesucian Islam serta boleh memesongkan akidah umat. Antara judul-judul terbitan yang mengandungi ajaran Kristian itu ialah ´Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul´.

Gambar 1

Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre™.

Gambar 2

Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pertapakan dan Penularan Dakyah Kristianisasi di Malaysia

Sejarah telah menunjukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Di Kota Melaka terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya.

Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya Barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Ramai orang Islam yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah dan pada waktu inilah gerakan kristianisasi akan mencuri peluang untuk menyebarkan dakyahnya.

Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golongan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran Kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan

Cara gerakan Kristianisasi menyebarkan dakyah

1. Menggunakan perantaraan lain.

2. Penubuhan organisasi yang terancang.

3. Mengkristianisasikan secara terus.

Menggunakan perantaraan lain

Gerakan licik pendukung ´Windows 10/40´ disebarkan dengan pelbagai cara. Pihak berkuasa agama mendapati sebahagian modus operandi gerakan sebegini melalui penggunaan surah-surah palsu dan hadis-hadis palsu, memutarbelitkan fakta Al-Quran untuk menarik minat masyarakat Melayu menganut agama berkenaan. Antara hadis-hadis palsu yang dinyatakan dalam sesetengah risalah adalah berkenaan konsep Triniti (Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak).

Fenomena mutakhir ini cukup membimbangkan apabila kemudahan teknologi digunakan sebagai salah satu senjata gerakan anti Islam khususnya dalam penyebaran ajaran Kristian dan pelbagai ajaran sesat. Fahaman dan ajaran itu disebarkan secara cepat menerusi laman-laman web berbahasa Melayu bagi memudahkan orang Islam khususnya berbangsa Melayu untuk membacanya. Metodologi yang digunakan dalam menjayakan dasar Kristianisasi cukup halus dan mampu membangkitkan perasaan ´berbelah bagi´ terhadap Islam. Pembina dan penulis laman-laman web berkenaan terdiri daripada mereka yang mendalami ajaran Islam dan menggunakan setiap aspek dalam ajaran Islam sebagai senjata untuk ´menyerang´ orang Islam. Aspek kebudayaan, aspek tauhid dan kepercayaan serta aspek amalan dan keagamaan diputarbelitkan dengan rencana fakta yang pelbagai.

Penubuhan organisasi yang terancang

Bagi memudahkan penerimaan masyarakat yang majoritinya Muslim, penganut-penganut Kristian menggunakan pendekatan bijak dalam mendekati golongan sasaran contohnya :

1. Berselindung atas nama badan-badan kebajikan.

2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan.

3. Mewujudkan rumah-rumah kebajikan. Secara tidak langsung,individu yang menerima bantuan dan terpedaya dengan helah sedemikian rupa mudah dipujuk untuk beralih pegangan sekaligus dimurtadkan.

Mengkristianisasi secara terus

Kini, gerakan ´Windows 10/40´ didakwa telah menular di kalangan penuntut universiti tempatan. Budaya ´couple´ warisan orang Inggeris dan konsep ´bebas´ yang tiada batasnya telah menggoyah keimanan dan mentaliti segelintir penuntut Islam. Budaya berpasangan dengan individu bukan Islam secara bebas, dikenalpasti salah satu faktor penyebab ramai gadis-gadis Melayu terjerumus menjadi murtad ekoran perasaan sayang dan cinta yang keterlaluan. Ketika itu, persoalan tentang batasan agama dan keimanan sudah tidak dipentingkan lagi sebaliknya akur dan bersedia menurut kemahuan kekasih hatta sanggup menukar agama. Sebagai akibatnya umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam

Gambar 3


Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku
'Freedom of Religion In Malaysia', halaman 51.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkir ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad.

Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan Kristianisasi ini daripada melanda umat islam.Tetapi sayangnya system perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang. Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka. Dakyah kristianisasi ini bertugas untuk merosakkan akidah masyarakat Islam. Para pendeta serta mubaligh-mubaligh kristian berusaha siang dan malam untuk memadamkan cahaya Allah s.w.t. Walau bagaimanapun kemenangan selalu berpihak kepada pihak Islam.

Gambar 4


Akhbar gereja Katolik, "The Herald", yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop)
Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.

Firman ALLAH S.W.T



“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah s.w.t dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah s.w.t menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai.” (At-Taubah:32)

Namun umat Islam khususnya di bumi Malaysia terus-terusan dikejutkan dengan kisah-kisah dan berita-berita mengenai Kristianisasi.




..."Barang siapa murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (al - Baqarah : 217)

Begitulah hukumannya bagi orang-orang yang keluar dari Islam atau lebih dikenali sebagai orang yang murtad. Di Malaysia terdapat satu kes di mana seorang yang berbangsa Melayu iaitu Jamaludin atau Joshua (1987) yang bukan sahaja murtad tetapi berusaha untuk menyebarkan dakyah Kristianisasi ini ke atas remaja-remaja Melayu. Dalam usahanya menyebarkan ideologi dakyah Kristianisasi ini, ramai anak remaja Melayu telah termakan dengan dengan dakyah yang disampaikan oleh Jamaluddin.Apabila kes dirujukkan kepada polis, ia dianggap sebagai kes keselamatan dalam negeri. ISA digunakan untuk menahannya dan sekaligus memberkasnya. Walau bagaimanapun, Jamaluddin menggunakan menggunakan habeas corpus, yang antara hujahnya, pihak polis tiada hak untuk menahannya daripada mengamalkan agamanya sendiri kerana ia dijamin oleh perlembagaan berdasarkan Artikel 1 (11) Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama). Akhirnya mahkamah membuat keputusan memandangkan kebebasan untuk beragama Kristian diberi dalam Perlembagaan, ISA tidak boleh digunakan dan beliau dibebaskan. Begitulah terhinanya kedudukan agama Islam di dalam perundangan di Malaysia.(Rujuk Tamadun Mac 1998)

Gambar 5

Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku
‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.

Impak Gerakan Dakyah Kristianisasi Terhadap Masyarakat Setempat

Impak dakyah Kristianisasi ini juga boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia kini. Pergaulan sosial yang bebas antara lelaki dan perempuan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan keaiban kepada diri sendiri, keluarga, negara dan agama. Ramai, khususnya anak muda-mudi kini, mengikut budaya semasa orang Barat seperti punk, gothic, emo dan sebagainya. Kegiatan lumba haram juga semakin berleluasa di kalangan remaja kini tidak kira perempuan mahupun lelaki,di samping mengunjungi kelab-kelab malam, menagih dadah dan ada juga pasangan yang tinggal sebumbung walaupun belum bernikah. Semua perkara-perkara di atas adalah budaya dan kelakuan anak-anak orang barat.

Allah s.w.t telah menerangkan kesudahan bagi orang-orang yang menghabiskan masa mengejar nafsu dan lupa kepada Penciptanya.



“Dan orang-orang yang kafir pula amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakan air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu; tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir,tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya)dan ia tetap mendapati hukum Allah s.w.t disisi amalnya,lalu Allah s.w.t menyempurnakan hitungan amalnya(serta membalasnya);dan (ingatlah)Allah amat segera hitungan hisab-Nya.”
(Surah An-Nur : 39)

Sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang kafir dan seorang Muslim adalah dari segi amalannya iaitu sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir?

Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala Kristianisasi. Umat Islam harus mengambil pendekatan ambil tahu terhadap perkembangan dan strategi musuh-musuh Islam yang ingin memesongkan akidah umat Islam. Seharusnya,umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia khususnya perlu mempelajari kaedah terbaik dalam menangani permasalahan sedemikian. Aspek pengukuhan kefahaman Islam perlu diperdalamkan sebaik mungkin bagi menjawab setiap aspek dan persoalan yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam berkenaan. Pendekatan sentiasa berhati-hati (ancaman penyebaran risalah melalui internet dan konvensional) dan sentiasa merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama adalah jalan selamat bagi mengelakkan umat Islam terjerumus kearah kristianisasi.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh megah menyatakan Melayu Islam. Jikalau dahulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi. Ingin dikongsi di sini sepotong hadith Nabi saw, sabdanya :

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.’’


Manusia sentiasa diuji dengan insiden-insiden yang dilaluinya dan juga dengan suara hatinya. Semasa ujian ini, kita akan menghadapi dua pilihan : sama ada kita menuruti suara hati yang diilhamkan oleh Tuhan atau kita menuruti nafsu semata-mata, yang selalunya mendorong ke jalan yang salah. Allah telah menarik perhatian kita kepada kedua-dua “suara” ini melalui ayat yang berikut.





... "Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan) Nya,maka Allah s.w.t mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya." (Surah As-Syams:7-8)

Rujukan artikel :

Yayasan Dakwah Malaysia
Blog Komuniti SHUKUR
Forum eKPKM-Bincang-bincang Mahasiswa
Buku 'Jangan Beralasan Anda Jahil"
Al-Quran

0 comments:

SEKOLAH DULU