BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Wednesday, June 9, 2010

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tempat aku akan sambng belajar.............



UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
(UNiSEL)

*********************************************************************
*********************************************

Muhammad Izzat, menulis artikel ini sebagai panduan untuk lepasan pelajar SPM, STPM, Program Asasi, Matrikulasi, Diploma dan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNiSEL), agar memperoleh gambaran dan pemahaman yang lebih jelas mengenai institusi pengajian tersebut.


Peringatan: Artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman oleh penulis yang pernah mengikuti pengajian Program Asasi di Kampus Bestari Jaya, Universiti Industri Selangor pada tahun 2008 sehingga tahun 2009. Maka, penulisan artikel ini lebih tertumpu mengenai Kampus Bestari Jaya. Kelak, mungkin mengenai Kampus Shah Alam pula.


InsyaAllah, artikel ini akan diperbaharui mengikut perkembangan terkini Universiti Industri Selangor. Walaupun penulis kini merupakan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), artikel ini berasaskan penulisan yang neutral dan tiada istilah mendiskriminasi mana – mana pihak.
*Gambar bukan hak milik saya. Hanya diculik dari laman internet. Apapun, tiada wang tebusan diminta, maka tidak usah menyaman saya ya ;P Sekiranya pemilik gambar tidak berpuas hati dan mahu gambar hak milik didelete, dirangkaikan, kredit atau apa jua tindakan logik: msg saya di Digital_Izzat@yahoo.com melalui Yahoo Mail atau Facebook ya =)

**************************************************


UNiSEL
i
Can Make A Difference

 “Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu.


Niat = Matlamat atau Objektif dalam hidup kita =)
***************************************************
                                                                     PENGENALAN

Apakah kisah geng kolej paling popular di Malaysia? Pernah menonton rancangan Dunia Baru di TV3? Lakonan Piere Andre, Elyana, Baizura, Ngasriah, Anita dan ramai lagi berlakon dalam filem tersebut! Tapi di universiti mana ya ? Owh, rupanya pengambaran dibuat di Unisel!

                                                     Nanti dulu! Apakah Unisel? Unisewel kah?

Universiti Industri Selangor (UNiSEL) merupakan universiti swasta pertama dibiayai oleh kerajaan negeri (Selangor) yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1999. Unisel mempunyai misi untuk memenuhi kekosongan yang diperlukan dalam bidang industri dan bermatlamat untuk menjadi sebuah universiti pembelajaran industri yang terkemuka.


Sehingga kini, Unisel mempunyai lebih 12 000 pelajar merangkumi warga tempatan dan antarabangsa. Anda akan dapat meneroka kepelbagaian latar belakang budaya dan sosial di Unisel dengan menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan.

*********************************************************************************************
GEOGRAFI

Pada mulanya, Unisel beroperasi di Shah Alam sementara menunggu pembinaan kampus utama di Batang Berjuntai (Kini Bestari Jaya) yang akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 2005. Pada masa ini, Unisel mempunyai 2 kampus yang terletak di Bestari Jaya dan Shah Alam. Perjalanan hanya lebih kurang 90 minit sekiranya dari KLIA

                                                                                                      - UNiSEL -

Kampus Utama: Kampus Bestari Jaya lebih dikenali sebagai Kampus BB (Batang Berjuntai). Terletak di tengah – tengah hutan kelapa sawit dan kebetulan berdekatan dengan Kampung Kuantan, yang terkenal dengan habitat kunang api (firefly). Kampus ini menempatkan fakulti yang berikut:


1) Fakulti Kejuruteraan
2) Fakulti Industri Teknologi Maklumat
3) Fakulti Bisnes
4) Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa
5) Fakulti Sains Sosial & Pengajian Industri
6) Fakulti Bioteknologi & Sains Hayat
7) Fakulti Sains & Teknologi Alam


Hampir semua fakulti berhampiran dengan hostel dan kafe utama, kecuali Fakulti Kejuruteraan yang terletak agak jauh dari kediaman pelajar. Untuk pengetahuan anda, Fakulti Kejuruteraan merupakan fakulti yang paling besar di Unisel.

Anda tentu sukar percaya, perjalanan ke fakulti 2 – 7 hanya perlukan beberapa minit sahaja. Malah, terdapat kafe di fakulti tertentu dan setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Selain itu, kemudahan asas seperti kedai serbaneka, kedai alat tulis, klinik, surau, kedai dobi dan lain – lain turut disediakan. Tandas awam juga disediakan dan sangat efektif bagi mengelakkan pelajar menangis tercirit dalam seluar sebelum sampai ke tandas di hostel.


Bangunan yang mungkin paling menarik perhatian anda adalah Masjid Unisel yang berhampiran dengan sebuah tasik. Benar, pemandangannya sungguh indah pada waktu subuh, senja dan malam.

Tasik ini juga merupakan tempat yang popular untuk berdating bagi kalangan pelajar Unisel. Berhampiran Masjid Unisel adalah sebuah bangunan Canselori, Dewan Utama, Pusat Pelajar dan Perpustakaan yang berbentuk seakan bulat. Unik!

***************************************************
                                                                AKTIVITI REKREASI



Di kala pada waktu petang, pastinya bosan jika tidak diisi aktiviti yang sesuai. Jadi, apa kata kita pergi bersukan? Pasti menyeronokkan. Di hadapan kawasan hostel lelaki, terdapat beberapa gelanggang yang lazimya dijadikan medan Futsal, badminton dan sepak takraw.


Terdapat juga beberapa gelanggang disediakan di dalam kawasan hostel perempuan. Hal ini tentunya memudahkan mereka untuk bersukan dengan brutal tanpa malu – malu dipandang lelaki. Sekonyong – konyong, mereka pasti berlari anak – anak pabila terasa lelaki kacak memandang ke arah mereka.

Bukan setakat di kawasan hostel sahaja, aktiviti rekreasi boleh dilakukan di padang Unisel. Hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk ke padang Unisel yang bertentangan dengan Masjid Unisel. Di sini, permainan bola sepak dan ragbi lazimnya terkenal selain aktiviti berjogging di padang trek larian.

Ada dewan mini yang menempatkan beberapa gelanggan badminton versi indoor. Di sini juga terdapat Gim untuk membina badan yang ketul – ketul. Di luar pula, terdapat beberapa gelanggan sukan untuk tenis dan bola jaring.

Sekiranya anda rindu untuk bermain gelongsor dan bergayut, jangan risau, di sini juga terdapat padang permainan. Ada buaian, ada jongkang jongket yang pastinya mengembiraknan ada. Majoriti pemainnya adalah kanak – kanak. Maka saingan untuk berebut bermain permainan tertentu pastinya tidak sukar.

Anda peminat bola sepak? Ramai pelajar Unisel gemar bermain bola sepak, sehinggakan tidak ada lagi padang untuk dijadikan tempat bermain. Oleh sebab itu, jalan raya selalunya dijadikan tempat bermain bola sepak. Baju akan dibuka untuk mengelakkan dari basah dek peluh. Terserlah bulu di dada, bikin orang muntah – muntah.

Kadang kala, sukar untuk membezakan mereka. Apakah monyet yang sedang berlari atau memang manusia yang berlari? Misteri.

***************************************************
                                                    KEDIAMAN PELAJAR/ HOSTEL

Kelengkapan asas yand disediakan:
  1. Katil dan tilam, jenis single (Tiada bantal dan cadar)
  2. Set meja makan
  3. Meja dan kerusi belajar setiap seorang
  4. Almari pakaian setiap seorang
  5. 2 kerusi panjang

Seperti yang dimaklumkan, hostel pelajar berdekatan dengan fakulti, surau, tandas dan kafe. Unisel tidak diwajibkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mewajibkan untuk menyediakan tempat penginapan kepada semua pelajarnya.



Kebiasaanya, pelajar baru diwajibkan untuk tinggal di hostel selama satu semester. Penempatan untuk semester berikut pula tertakluk kepada kekosongan dan mengambil kira kategori permohonan dan sistem merit.

Jika anda seorang yang malas, tidak bersosial tapi suka bersial - sial dan tidak terlibat dalam apa jua aktiviti dan persatuan. Peluang anda untuk mendapat tempat di hostel Unisel adalah tipis sekiranya ramai pelajar yang mendaftar masuk. Maka, ucapkanlah selamat tinggal kepada hostel.

Hostel Unisel dibahagikan kepada beberapa kumpulan, yang lazimnya disebut Kluster. Di setiap Kluster, terdapat 5 atau 6 blok bangunan kediaman. Jika dilihat dari segi Elevation (Pandangan atas), Kluster berbentuk seakan bulat. Warna blok pula adalah kuning.
Kluster A: Kolej Munsyi Abdullah
Kluster B: Kolej Aminuddin Baki
Kluster C: Kolej Zaaba
Kluster D: Kolej Hamka
Kluster E: Kolej Pak Sako
Kluster F: Kolej Burhanudin Helmi
Kluster G: Kolej Usman Awang
Kluster H: Kolej Rahim Kajai
Kluster J: Kolej Ibu Zain


Setiap Kluster mempunyai Warden, yang menjaga kebajikan dan menguruskan hal tertentu. Warden biasanya menetap di tingkat bawah, unit 4 yang hanya mempunyai 2 bilik. Tetapi mempunyai ruang tamu yang luas.

Setiap blok mempunyai 4 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 4 rumah. Sebuah rumah mempunyai 3 bilik dan setiap satunya mempunyai 2 katil. 6 orang untuk satu rumah. 

Namun, kadang kala terdapat 12 orang untuk satu rumah. Ada pelajar yang tidak berjaya dapat tempat di hostel, lalu cuba menumpang di rumah kawan. Lepas itu, mengajak pula rakan mereka yang lain. Lepas itu lagi, rakan kepada rakan mereka, mengajak lagi rakan yang lain sehingga rumah mencapai status reban ayam!

Kemudahan asas yang disediakan adalah 2 tandas, 1 dapur, anjung yang tidak begitu luas, ruang mencuci pakaian dan sidaian serta ruang tamu yang agak selesa. Barangan elektrik perlu didaftar di Jana Niaga pada hari pendaftaran.

Apa yang menarik tentang hostel, terdapat gerai yang dibuka oleh pelajar Unisel selepas pukul 12 malam. Ada juga penjual yang berniaga dari rumah ke rumah lain. Malah terdapat khidmat bisnes lagi. Antara yang dijual seperti makanan, minuman, rokok, Top-up, printing, bisnes MLM dan macam – macam lagi. Tidak rugi anda tinggal di Hostel!

ok la...gua nak caw lu...nant...de mase sambung lg.......

1 comments:

Sy-arhmhe RKO SGP said...

Hostel unisel dekat ke dgn fakulti?

SEKOLAH DULU