okay. pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku kerana memperolehi keputusan yang boleh dikatakan excellent la jugak. kalah dari aku. dapat 7A1B1C.. kalau aku mungkin mustahil sebab aku ni seorang yang boleh dikatakan malas la jugak. buatlah keputusan yang bijak untuk meneruskan lagi pengajian. aku sebagai kakak support kau. walaupun kau target straight A. tapi tak dapat. kira okay lah tu. aku ucapkan sebanyak-banyak tahniah kepada engkau. :)
seterusnya, aku nak cerita pasal aku punya short semestar. TIADA. kerana kalau nak meneruskan juga kenalah bayar balik duit-duit yang dah tertunggak tuh. tak banyak pun. sebanyak RM5745.00. lebih kurang lah. mana lah aku nak carik duit sebanyak itu kan? okay. sambung balik bulan 7. so banyak lagi masa yang boleh dilakukan dekat rumah ni. tadi aku memang berangan lah nak cari keje. dapatlah satu tempat tu kat kedai lampu. aku try lah untuk kerja dekat situ. kira okaylah ada member tu kira peramah juga lah. bolh dijadikan member...esok aku memulakan perjalanan hari yang baru.. :)
Thursday, March 24, 2011
PERJALANAN
Posted by Nanie Rafi at 4:54 AM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
berangan pagi-pagi
cuti oh cuti. memang jalan nak masuk ke pintu kebosanan. ahh. apa aku nak buat cuti-cuti macam nih ? lebih suka membzkan diri dengan bersiap pagi-pagi nak pergi ke kelas. huhu.okeh. apa plan hari nih ? nak keluar . konpem la my parents tak lepas kan kan. nak keluar senyap-senyap pun takde transport nak keluar. sob3. arghhh.. boring saya berada di rumah ini. untuk masa yang tak berapa la sangat panjang tapi menjalani hari-hari yang membosankan.
tadi aku membazirkan masa dengan baca-baca blog orang. huhu, bazir masa ke? lantak lah situ. nama pun blog untuk rakyat jelata yang mempunyai internet untuk membaca kan. aku tertarik bab-bab kalau orang kahwin-kahwin nih. HEHE. gatal ! seronok kot tengok tengok diorang kahwin. jadi raja sehari tuh. semua tertumpu. tapi bila pikir-pikir balik macam mana lah kehidupan lepas kahwin kan. dah ada tanggungjawab. besar pulak tuh tanggungjawab tuh. nak kena jaga husband. makan, minum, pakaian. salah tanggungjawab boleh berdosa tu. Mesti lah nak kejar gelaran nak jadi isteri solehah kan. woow.. berangan jauh da nih. agak-agak siapa lah jodoh aku kan? si dia ke or si dia ? hehe. berangan lebih aku. umur baru semuda jagung ada gatal da nak pikir bab-bab macam nih. alaa. merancang tak salah kan .
pakai baju cantik-cantik. di make up kan. bersanding atas pelamin. bunyi kompang. lepas tu makan beradab potong kek.. woooww.. bestnya. HAHA.. alaaa.. bagi la aku berangan kejap. sikit pon jadi lah.. HEHE.
STOP. tak boleh berangan lama-lama. HEHE.
* awk, bila awk nak gatal masuk meminang nih. HAHA :)
ptong kek :) |
berangan atas pelamin :) |
jadi raja sehari. semua nak iring :) |
makan beradab. makan sedap2 |
atas pelamin :) |
nice bukan ? |
Posted by Nanie Rafi at 4:06 AM 0 comments
angin apa ini
angin pa yang datang senja-senja macam ini.tiba-tiba angin rindu bersempoi-sempoi. agak-agak awk ingat tidak dekat sy? kapan mahu berjumpa ya? da sebulan kita tak jumpa kan.jauh sangat ke kita. padahal dalam Selangor juga kan syg ? saya sayang dekat awak tau. awak jangan nakal-nakal dekat sana. ily :)
Posted by Nanie Rafi at 4:05 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
Tak semuanya
setelah sekian lama berhabuk blog ni. muncul la sikit ruang masa aku nak menvacum blog yang dah berusang nih.kali ini aku tak tahu apa yang aku story ini berkait daam kehidupan aku ataupun tidak ataupun di dalam kehidupan semua manusia di alam yang indah ini.
tak semuanya yang kita rancang akan berlaku. dan tidak seperti itu juga apa yang luar jangkaan kita tidak akan berlaku. kehidupan manusia yang bermacam keletah dan kerenah. kadang-kadang jalan hidup sebagai seorang manusia yang bersikap tamak. ingin semuanya. inginkan kepuasaan dirinya semata-mata. kadang-kadang apa yang kita tidak mahu akan berjalan sendiri di dalam diri tanpa dengan kesedaran kita sendiri. hanya kita yang menentukan mahu menutup atau memberi laluan untuk menguasainya. jalan kehidupan yang kita lalui seperti permainan video yang semakin maju di alam teknologi yang serba canggih nih.
kadang-kadang kita tak terniat untuk mempermainkan perasaan orang, walaupun orang di sebelah kita mengatakan perubahan dalam diri kita. kita hanya nyatakan kita yang betul dan tidak mahu mengakui apa perubahan dalam diri kita sendiri.
manusia.
memang tidak bebas dari ingin mencapai keseronokan semata-mata. :)
Posted by Nanie Rafi at 2:58 AM 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
Facebook dengan jalanan Examination :)
aktiviti utama bagi golongan-golongan yang kebosanan. apa punya virus la yang disembur dekat rakyat jelata sampai semua orang wajib membuka facebook even nak buat kerja apa pun. Al-maklum lah nak kata dunia yang semakin ke arah pembangunan yang makin mencabar.aku taktahu pun nak update apa. disebabkan blog aku ni da lama berusang. tu yang aku gatal nak update. kepala otak ni bukan reti nak susun atur ayat nak update blog. tengok-tengok blog orang semua ada cerita yang diorang nak story. ada jiwang karat. dan macam macam lagi.
kalau aku nak story bab jiwang jiwang karat. HAHA. kompem naik bulu roma aku. da tak reti da nak story jiwang jiwang ni.
almaklum lah. sekarang aku bukan minah jiwang. yeke ? ='= ( padahal ye. :) )
ni nak story sepanjang perjalanan aku examination.
nak kata aku boleh jawab kesemuanya. boleh la. takkan gitu-gitu. yang bab Pengajian Malaysia tu aku lemah sikit. banyak tentang sejarah. kompem la aku tak minat. Fakta tu weyh ! penat kot nak baca simpan dalam peti inbox kepala aku ni. da penuh kowt. HAHA. terpaksa aku rewind balik sejarah yang aku belajar time PMR and SPM tu. habis semua buku rujukan SPM and PMR aku angkut bawak hostel, disebabkan aku ni kedekut nak keluarkan duit untuk membeli buku Pengajian Malaysia yang baru berharga RM 23.00. kedekut betul aku kan ?eh. ke buku tu yang harga mahal sangat kot. HAHA
nak story pasal carrymark aku pulak. perghh. tak memberangsangkan sangat kot Pengajian Malaysia ni. cuak gak aku kalau kena repeat. sumpah aku taknak repeat. HUHU. kenapalah mesti ada bab-bab sejarah ni. mencacatkan !
Examination KEDUA yang aku jalani Pengajian Islam. Dua-dua sebjek MPW. ( wajib U )
yang ni pon bole tahan gak la. even aku ambik kos tu kan. malam nak Exam tu, macam-macam tol la menjadi. tension nak jadi gila da aku.baca satu apa pun tak masuk. last-last aku bertawakal je. pasal carrymark untuk subjek ni. Alhamdulilah. Oke la.. :).. bergantung dekat exam je .:D
mudah-mudahan dapat result yang cemerlang. amin .:)
Posted by Nanie Rafi at 6:28 PM 0 comments
Saturday, March 5, 2011
Bila FINAL EXAM semakin menghampiri.
owh. pagi yang amat membosankan. pagi pagi dah menghadap komputer. bila exam dah nak mula dekat dekat ni. macam-macam lah benda nak berlaku. macam-macam la perasaan nak menghantui minda ni walaupun pun kadang-kadang rasa tak patut. tapi bila da nak menghantui jugak pemikiran ni macam-macam lah berlakunya.
OH MY FINAL EXAM.
kenapa aku masih lagi ambil lengah padahal esok dah tiba dah masanya untuk berperang. walaupun apa la sangat kan. agak-agak kali ini aku boleh dapatkan anugerah dekan tak ? Isnin ni saja dah bertempur subjek fakta. yang memerlukan ingatan yang kuat. ='=. dah macam sejarah dah. boleh tak saya bawak nota saya masuk dalam medan bertempur gak? ( goda ketua peperiksaan lah- memang takkan dapat lah .HAHA
ni lagi satu kerenah pelajar-pelajar ( saya la tu ) exam nak dekat pon. buku tak bukak-bukak pon. still membuka "mukabuku" saja. penangan yang kuat kan "mukabuku". best student sangat kot aku ni ambik kisah tak kisah. bila da kuar semua terkebil-kebil. ='=
ha, lagu saatu tabiat aku ni. suka betul la nak "melalur". nk tido je
sedar-sedar lah Nanie Rafi. Final Exam esok lah !
TAMAT ='=
* beb ! i'm , seriously sorry ! :'( . Faktor-faktor "BFF" kita nak renggang kan skrg nih ? ='=
Posted by Nanie Rafi at 3:49 PM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
poning da
bila da nak FINAL EXAM ni. macam macam lah nak keluar. kononya nak pecahkan kepala student UNISEL ni lah. Al-maklumlah nak katakan semua student UNISEL anak anak Dato' yang hartawan jutawan kan. semua bayaran lah nak diminta-minta. biasalah duit tu boleh petik kat pokok pokok tepi jalan tu je. senang..
EXAM oh EXAM. kenapakah kau muncul. persediaan yang tak boleh diperkatakan lagi statusnya.sediakah aku? main dan main jer. duit pulak makin menimbul diminta. mana nak korek-korek duit ni. dengan perkhidmatan PTPTN yang tak dapat lagi. macam mana aku nak buat ni.
poning da kepada den.
oh mama. oh papa. tolong saya. poning sangat da nih.
nak cerita pasal Final Exam ni pon cuak gak lah sem ni. aku rasa macam sem ni darurat sangat dah. takut pulak nak masuk ke dewan exam tu. rasa kaki ni diawang awangan lagi sebelum nak masuk ke dewan periksa.
tension dan tension terus memecahkan kepala ni... :(
Posted by Nanie Rafi at 10:56 PM 0 comments