BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

memories

Tuesday, December 28, 2010

tak tahu nak tulis tajuk ape

rasanya da lama tak update blog ni . da bersawang da pon . kenapa perasaan ni sentiasa menghantui . sentiasa nak berfikir . kenapa ? kenapa oh kenapa ? . rasa macam sunyi sangat sangat . handset sony aku pon jarang rasanya untuk berbunyi . apakah perasaan dia sebenarnya pada aku sekarang ? aku betul betul keliru . kenapa bermain dengan perasaan aku ? aku steady okay . ye . aku rasa rasa macam cool je. padahal tuhan je tahu macam mana perasaan ni . huh . aku betul betul menjadi keliru sekarang ni . kenapa mesti dia nak suruh aku membenci dia . mana apa yang diungkapkan . macam cerita tak logik kan aku cerita ini . cara macam tak matched . tapi aku tak tahu macam mana nak lepaskan apa yang terbuku kat kepala ini . serius aku sayang kat dia . apa yang nak diungkapkan sebenarnya dengan perasaan ini .dulu aku lah segalanya . aku lah tempat dia bercerita . tapi sekarang dah tiada dah . perasaan tu da jauh sangat dari yang dulu . aku bukan jenis nak mengungkit .kalau betul lah aku tak ada jodoh dengan dia . kalau aku dengan orang lain sekalipon dapat ke aku rasa perasaan yang sama aku dengan dia . kenapa susah sangat aku nak kurangkan sayang pada dia walau pon sedikit . aku macam tak dihargai kadang kadang . aku pon tak nak berfikiran negatif . tapi cara dia betul betul membuatkan aku berfikiran negatif .kalau betul lah aku ada buat salah . terus terang lah . aku sayang kat kau tapi kenapa kau selalu garang garang dengan aku . aku ini apa bagi kau > huh .

aku tak nak cerita pasal ini . perasaan aku betol betol rasa nak keliru . nasib aku ada kawan kawan yang sentiasa bagi aku support . erm . aku mengaku aku dah rapat dengan lelaki lain . tapi perasaan tu takkan sama macam mana aku sayang kat kau . dia kata dia sayang aku . tapi aku tak dapat nak blas kata kata dia pon . sebab aku tahu persaan aku akan hanya setia kat kau . tapi tak tahu lah kalau kau yang menduakan perasaan aku ini . aku harap kau tak mainkan perasaan aku . jangan hancurkan kepercayaan aku dekat kau . hope so .

( luahan hati yang terover nak jiwang )

Thursday, December 23, 2010

POST FEEL LAGI

serabut . itu yang bersarang dalam kepala otak aku ni . walaupon aku dah malas nak berpikiran lagi . still think about him . bukan aku taknak mempercayai dia . bukan juga nak mengongkong dia . macam macam permainan yang bergolek golek dalam kepala ni . ya . memang aku cemburu bila dia rapat dengan orang perempuan .orang kata cemburu tandanya sayang . ya . memang aku sayang . tapi aku percaya . aku okay . tidak lebih dari seorang kawan . aku hanya senyum . aku sentiasa tenangkan hati . aku masih berlagak selamba . bila lama lama perangai makin berubah . aku tau dia rapat dengan ex dia . memang aku takkan salahkan siapa siapa kalau masih ada perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain . sekarang . bukan aku yang dicari . bukan aku tempat disandarkan segala cerita . adakah aku terlalu mengongkong ? aku hanya perlukan dia sentiasa . perlukan insan yang sentiasa ambik berat pasal aku . kerana aku dan dia bukan lah orang lain . susah untuk aku memikirkan insan lelaki yang lain . sebagaimana aku menyayangi kamu . owh . kenapa aku masih tidak memahami diri kamu . kau suka bermain main dengan perasaan aku . aku betol betol konpius dengan sikap kamu ..........

( terjiwang karat . )

-BUKIT MALAWATI KUALA SELANGOR-

jalan lagi . jumpa dengan kawan Encik Farhan . ramai pulak tu . HAHA . siap baik hati belikan makanan . jauh punya penghijrahan juz nak makan tengah hari . untung la . ada orang belanje . makan besar pulak tu . ish . pokai orang tu . HAHA . tapi orang tu dia belanja dengan seikhlas hati . InsyaALLAH . rasa tak pernah nak pegang beruk beruk tu . hari tu pon pergi juz pandang pandang macam tu je . kali ni tangan ni berpeluang nak berpegang dengan dia . kawan Encik Farhan , Cik Iela n Cik Ekin . walaupon Cik Ekin takot nak turun dari kereta . juz duduk terperuk dalam kereta Kelisa milik Encik Farhan . mula mula nak menyentuh tapi rasa cuak cuak . tapi bila da pegang takdelah takot mana . Bila Encik Farhan membelikan sayur kacang panjang . habis kawan kawan diorang tuh serbu . ada ke patut de sekor ni pergi rampas terus dari tangan aku . tamak haloba betol la . taknak share dengan kawan kawan dia . HAHA . tapi seronok la sikit sikit . :)

kawan bermanja dengan Encik Farhan

pandai anak abah :)
kecik kecik da pandai nak meraba .

pandai adik sy kata Cik Iela
baiknya dia .
mcm nak sama la muka kita :)
haha

huh . tambah tension aku nak upload pic banyak banyak . lembab sgt line ye . nanti lah upload lg . chow .:)

Wednesday, December 22, 2010

MAIN HUJAN

yeepee ! yeepee ! pening nih . tapi seronok bila skali lagi bermandikan hujan yang lebat ketika pulang sekolah . kali tak seteruk balik pasar hari tuh lah . balik pasar hari tu lagi teruk . tapi seronok sekali sekala main hujan . lagipon da lama tak main dengan air hujan . tapi jauhkan lah dari berpenyakit nih . jadi budak budak lah aku bila main hujan . HAHA . lemau sikit hari ni . kelas direct dari pagi sampai ke petang . tapi tak lah bosan sangat kot . walaupun tadi petang lepas makan terasa mata ni nak tertutup dan hilang kesenyuman di bibir . tapi disebabkan terima satu mesej dari rakan supaya mengukirkan senyuman . maka terukirlah senyuman da tahan mata dari mengantuk dan mendengar ceramah . walaupun hakikatnya kelas pagi tadi agak membosankan apabila berceritakan mengenai Malaysia . menghuraikan tentang sejarah sejarah dulu iaitu berlandaskan fakta . last last kepala ni terbang entah ke mana .

 
nota yang dilakukan bila da bosan

keadaan setelah ahbis basah kuyup

Tuesday, December 21, 2010

JAUH KU JAUH .

kian jauh kian hilang .
ya . ya . itu butir butir yang aku  nak hempas dekat blog ni . " change " beerti "berubah" beerti "change" . ish . tak habis habis pulak nak cerita pasal emosional . kali ni memang seriously aku nampak perubahan dia . adakah masih ingat atas diriku ? dimanakah pesanan pesanan mengambil tahu aku . bak tajuk lagu Rossa " PUDAR " , dahulu aku lah tempat bercerita . tapi aku tahu , dan aku tak terkejut bila aku rasa dia rapat dengan orang lain . Makin kuat pula tahap cemburu aku . ter feeling feeling pula . senang cerita , aku dah tambah tambah la pula sensitifnya . sikit sikit nak nangis . ish . rimas lah aku . nak jadi budak budak pulak . umur dah nak masuk 19 tahun kot .
alamak . tambah tua pulak aku . takpe takpe . tua umur je tapi jiwa still nampak muda . :)
mengedik sungguh aku tulis kat blog ni kan ? ada siapa siapa jeles ?
actually , bukan apa apa pun . juz terasa kesunyian tu menghimpit diri ni .
ada jugak aku terasa menyayangi orang lain . tapi bila aku nak memulakan langkah ke arah lebih jauh . aku fikirkan kembali status aku dan dia . uish . kembali ke pangkal jalan . tapi setiakah dia ? ( naik pula bulu roma aku bab jiwang ni ) .
nasib aku ada tiga serangkai dan rakan rakan yang dapat mengukirkan senyuman di bibir even kesedihan dan kesunyian bertandang di kamar diri .
terima kasih rakan rakan . yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung .

( penyakit kemurungan telah wujud ! arghh !but still normal )

Monday, December 20, 2010

godek godek !

rambang mata ni nak pilih yang mana satu .
yang mana better .
yang itu .
yang ini .
dengan ketahanan mata untuk menahan ngantuk .
disebabkan dengan perasaan cemburu .
yang masing masing nak tunjukan kepakaran .
dengan kelenguhan tangan .
disebabkan asyik tengok yang sama .
perasaan bosan menguasai .
akhirnya .
berjaya !
menghasilkan BLOG
nak kata cantik . boleh la .
tapi aku
BERPUAS HATI .
dengan kekreatifan aku sendiri .
( rasa bangga ! :) )

gelapkanlah perasaan Buruk Sangka .

Aku rasa aku tak pernah nak berperasan emosi . Ya Allah , hindarilah aku dari berprasangka buruk terhadap orang lain . Biarkanlah hanya senyuman yang terukir di bibirku ini . dan bunga bunga riang yang sentiasa menghiasi dalam hati ini . Mungkin silapku juga kerana menyayangi seorang insan yang bukan muhrim belum tiba masanya . Tapi putaran hidup , ingin disayangi dan ingin menyayangi orang lain . Aku ikhlas menyayanginya . Aku harap sejarah tidak berulang . Sungguhpun aku tak dapat selindung bahawa dia betul betul berubah . Aku nampak perubahannya . Kalau lah betul aku tiada jodoh dengannya . huh . Aku hanya mampu berserah .


Memang aku cemburu terhadap orang lain . tapi aku terima seadanya . kerana dia bukanlah seperti orang lain . Memang aku tak dapat menipu bahawa aku cemburu bila dia mengambil berat tentang perempuan lain , bercerita pasal perempuan lain . even aku hanya menunjukkan reaksi bersahaja . Kau hadir memberikan kebahagiaan itu , tetapi lesap dalam sekelip mata .


Kadang kadang aku kesunyian . menunggu panggilan suaramu . Walaupun aku cuba mententeramkan jiwa ku ini . Mungkin kau letih . Hanya air mata yang dapat menemankan aku . Aku percaya dengan kata kata mu . Tapi perubahan terhadap dirimu  membuatkan aku betul betul goyah . Ingin aku bertanya . tapi tidak mampu untuk meluahkan . Perubahan mu membuat kan aku betul betul keliru . Kau seolah olah merahsiakan sesuatu . Aku cuba tunaikan janjiku untuk menjadi seorang yang setia .


Aku akui ku rapat dengan lelaki lain . mungkin untuk kesunyiaan yang aku hadapi . Tapi percayalah . aku hanya menyayangi insan sepertimu . Tiada yang lain . kerana aku masih ingat angan angan kita . Aku berharap agar kita kekal . Di hati mu , tidak akan berubah walau pon sekelumit . Mekarkan lah namaku dihatimu ..


( aku rasa post ni jiwang habis , aku ter'emosi habis malam ni . sukati aku lah ! )

Tuesday, December 14, 2010

rasa nak kahwin lah

tiba tiba rasa macam nak kahwin lah pulak . HAHA . umur baru da cukup 18 dah mengatal nak kahwin . lagi sebulan da nak masuk 19 tahun da . tambah lagi usia aku tapi still nampak muda . mak abah . saya nak kawin lah !

oh mama !
saya mahu kawin .
kawin dengan siapa ?
dengan siapa saja .

serabut dengan manik tp nice



rasa nak jd mcm cinderalla



wow. anggun



ni macam pesyen org dulu dulu
what u think ?



idea spontan :)

rasa da lama tak update blog . oh . saya memang sombong ! sebab tu malas nak update membuka laman awk wahai encik blog . even kawan kawan baik saya selalu mengupdate encik blog mereka . penaipan saya terganggu lah pulak . idea nak taip hilang ni . KEFOKUSAN penting untuk mengupdate blog ni . oke . what must i story ? about love ? friends ? public issue ? owh . no idea .

story tentang LOVE ?
many categories we can story about love . love is cinta . HAHA . macam karat lah pulak . ( btw no idea ni ) . kalau ingat balik story story time nak bercintan cintun kat sekolah . memang tak patut . cinta monyet  . pernah ke kita tengok cinta monyet ? why  yeah ? human in love but monkey get name . HAHA . monyet monyet ni bersekolah ke ? kiranya kalau bercinta kat sekolah tu monyet lah ye ? ( terasa sekali ni ) .zaman dah berlalu . dunia dah maju . ada kena mengena ke . lantaklah . kalau zaman dulu dulu kat sekolah , kanak yang baru nak meningkat remaja . hanya menggunakan SPS ( sistem pesanan surat ) . lebih afdal untuk kanak kanak ni . suka suka aku jer . ayat kalau ditulis panjang mengurai . almaklumlah rasa baru baru nak disayang sayangi .

kenapa aku sendiri rasa nak tergalak baca ayat ayat aku ni ? HAHA
okay . teruskan ..

nanti bila main tulis tulis surat tu . dikumpulkan lah dalam satu kotak biar nak penuhkan dalam kotak . kononnya untuk tatapan anak cucu nanti ( bab ini aku tak buat ya ! pengalaman dari tgok rakan rakan yg buat ) siap ada yang tulis lagu lagu jiwang lagi tuh . nanti surat tu siap ada corak corak lagi . malam sebelum nak tidur bukak la surat yang ada lagu tu lepastu nyanyi nyanyi ( jangan terasa wahai kawan yang terasa ) HAHA . kelakar kan .

rasanya da taknak lah tulis panjang panjang lagi . da macam orang tak betul pulak taip sambil tersengih sengih ni . apa apa pon zaman sekolah adalah zaman yang sangat indah . banyak story story terukir dalam ingatan . zaman sekolah lah zaman yang menyeronokkan .walaupon kadang kadang terpikir benda tuh tak sepatutnya kita lakukan . :)








Thursday, December 9, 2010

-___________________-

orang kata nak mengumpat ini dosa. tapi..itulah manusia. aku malas nak update blog tapi dia kata dia nak perjelasan . perjelasan ? how to starting ea ? rasanya lama kita tak bercontact kan kan . rasanya pikiran ni pon tak terlintas nak berpikir pasal kamu . ape tah lagi nak berstory pasal kamu . aku yang tak tahu hujung pangkal tiba tiba dah di babitkan. ingatkan kisah lama tu nak di ungkit ungkit . kadang kadang kita tak boleh juga nak ikut akal fikiran kita gak . elo kawan , aku tak ada pon nak hasut hasut pakwe aku mintak remove kamu . tanya lah dekat dia sendiri nama dia remove kamu . ada no dia kan ? aku pon baru tahu dia remove kamu lepas baca blog kamu . pasal ex bf kamu tu . kami tak couple pon . nak kata aku nak dia sangat pon tak ada la juga . kami kawan rapat kot . macam kamu rapat dengan pakwe aku dulu dulu . ops , ni bukan pasal aku nak mengungkit pasal perapatan korang . sekarang pon da buka buku baru . yang lama tu da tutup habis dah . aku rasa perjelasan ni da cukup kot . aku tak pandai nak story panjang kat blog ape tah lagi kalau aku nak story story pasal orang . hope pas ni tak simpan simpan dalam hati . kalau nak berkawan dengan dia balik tak susah pon , tekan la add friend . kalau dia approve kamu berkawan la dengan dia balik . aku tak kisah pon korang nak berkawan .tapi kamu sendiri kata tak kempunan nak berkawan dengan dia kan . ups to you . :) . eh, lupa pulak . aku tak ada kot nak jeles jeles ngan kamu . jangan pikir jauh sangat ya. apa yang ada pon aku da bersyukur . setiap individu ada kelebihan dan kekurangan sendiri . ;p

Tuesday, December 7, 2010

HIJAU DAUN - SETIAP DETIK

setiap detik
engkau yang dalam mimpiku
setiap siang malam menggangguku
tak lelap tidurku karena dirimu

*setiap waktu
engkau yang selalu menghantuiku
tak pernah lari dari fikiranku
tak mahu hilang dari ingatanku

tahukah eangkau
saat gelap datang
aku masih mencarimu
engkau dimana

ulang *

tapi mengapa saat ku terjaga
kau masih tak disampingku
sampai kapankah aku menantimu
selalu menantimu

setiap detik aku memikirkanmu
setiap detik rindu meracuniku
setiap detik teringatkan padamu
setiap detik apa harus begini
ku harap kau akan kembali kepadaku.

Dygta Karena Ku Sayang Kamu

seandainya kau ada di sini bersamaku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

reff: ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan selalu ku nanti
karena ku sayang kamu

hati  ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yang lain

adakah rindu di hatimu
seperti rindu yang ku rasa
sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu.

SEKOLAH DULU